take a note please !
assalamualaikum , doakan moga urusan kami dipermudahkan olehNya :) terima kasih .
Still Love My Life: buat kaum Hawa !

titipan doa

ya Allah , permudahkanlah segala urusan kami . tenangkanlah hati kami , hanya padaMu kami berserah.

buat kaum Hawa !

Hawa ...

Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu,andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu,andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan addin Allah.

Hawa,

Andai engkau belum berkahwin jangan engkau risau jodohmu,ingatlah Hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai.


Hawa,

Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksian, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya, serta kemampuan menggoncang iman lelaki. Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadi yang penting pegangan agamanya.


Hawa,

Jagalah pandanganmu , awasilah auratmu, periharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangat kebahagiaan buatmu, cukuplah sekadar cinta keluarga yag membahagiakanmu. Cintailah keluargamu kerana kau tidak akan jumpa cinta yang bahagia selain cinta kelargamu

0 surat:

Post a Comment

comment seikhlas hati :)

best of best :)

best view : google chrome :)